Sabtu, 18 Disember 2010

Belajar Berenang

Tiba-tiba aku teringat suatu ketika dahulu pada awal 70an, di mana pada waktu itu, sungai merupakan port kami...kalau boleh dari pagi hingga petang akan dihabiskan di situ. Yelah pada zaman itu manalah ada pelbagai alat-alat canggih.

Biasanya selepas waktu Zuhur, kami ( lebih kurang 8/9 orang) akan berdedai ke tepi sungai Langat untuk mandi.Semua tidak tahu berenang, tapi x sampai 3/4 jam kira dah bolehlah... Budak-budak lelaki jangan cakaplah ...memang terror. buat pelbagai aksi terjunan. kebetulan sungai langai ketika itu airnya sangat jernih dan deras. wah.,...memang mencabar...

Apa yang boleh aku katakan , ialah kesungguhan dan fokuslah yang menyebabkan kami kanak-kanak pada ketika itu boleh berenang, boleh menyeberang sungai...boleh mengapungkan badan , berjuang habis-habisan untuk ke tepian...tidak perlu belajar berenang dengan yang pakar hanya dunia realiti , berdepan dengan alam...dengan penuh berani....kini aku sedari tiada yang mustahil....kini aku tidak lagi mandi di kali sebaliknya akan mandi di kolan renang jika berpeluang untuk bercuti....dan akan gelak sendiri sebab aku pandai berenang dengan skil yang tersendiri...belajar dan berguru dengan alam.Tiada seorangpun kanak-kanak di kampungku ketika itu yang tidak pandai berenang...best kan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan